cuci aircond/penghawa dingin di atunhomestay

Atunhomestay telah menggunakan khidmat ZElectrical and Aircondition untuk menjalankan pembersihan Aircondition yang sebiji aje ne.. hehehe.. walau pun ada satu sahaja namun penjagaannya perlu dijalankan untuk kemudahan dan keselesaan tetamu atunhomestay.

kita ikuti coretan di gambar yang admin telah sediakan ini.

Technition penyelenggaraan aircond sedang bertungkus lumus membaik pulih saluran yang tersumbat. Kipas luar pun dibuka untuk dicuci .. memang tip top servis yang diberikan oleh syarikat ini.
WOW!!! Hitamnya... begini la Aircond anda jika sudah 6 bulan sahaja tidak dicuci.. kalau 1 tahun, 2,4,5 tahun macam mana pula.. jadi segera la cuci aircond anda untuk lebih sejuk dan menjimatkan penggunaan elektrik itu sendiri. Atunhomestay amat mementingkan keselesaan pelanggannya.

Blower aircond pun dia cuci.. kotoran degil kena guna chemical yang kuat sikit macam yang abang ini gunakan. kerja yang sangat teliti. memang puas hati apatah lagi untuk tetamu atunhomestay jugakan πŸ˜‰πŸ˜‰

Alamak muka taukey atunhomestay dok pegang tangga aje la😝😝

Kerja-kerja mencuci telah selesai. kerja pemasangan semula pula perlu diteruskan. technition sedang buat ujian kekuatan angin dan gas. Atas maklumat yang diberikan gas perlu capai 80 psi untuk aircond 1hp, tetapi ada sedikit masalah pada aircond atunhomestay akibat penggunaan yang tinggi telah menurunkan kadar gas didalam tangki kepada bawah 70psi sahaja maka abang technition telah menambahkan sedikit gas sahaja.. (selamat duit den)πŸ˜‹πŸ˜‹

Setelah ujian dilakukan maka selesai sudah kerja-kerja penyelenggaraan aircondition di atunhomestay. harapan atunhomestay tidak lain dan tidak bukan lagi, tetamu atunhomestay dapat tinggal dalam keadaan selesa dan harmoni. salam sayang dari atunhomestay...πŸ’šπŸ’š

Ulasan

Catatan Popular