Terma & Syarat

1. Terma ini hendaklah digunakan untuk semua kontrak yang dibuat antara Tuan Rumah dengan penyewa-penyewa (seterusnya disebut penyewa) dan sah untuk semua tempahan dan perjanjian untuk sewa tempat tinggal dan hendaklah digunapakai untuk semua kemudahan di Premis berkenaan.
2. Penyewa adalah dikehendaki untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat ini dengan teliti. Kontrak ini merupakan syarat penting penyewaan AtunHomestay.
3. Bayaran yang dibayar oleh penyewa hendaklah ditulis dalam bentuk bertulis atau bercetak oleh pihak Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran tambahan dikenakan, penyewa dikehendaki membayar sewa mengikut kadar sewa asas yang telah dipersetujui antara penyewa dan Tuan Rumah.
4. Kadar sewa asas akan berubah dari semasa ke semasa.
5. Deposit akan dipulangkan jika pembatalan dibuat 5 hari sebelum tarikh tempahan (check-in)
6. Bayaran penuh secara tunai perlu dibuat semasa proses daftar masuk dan penyerahan kunci. Resit bayaran akan diberikan oleh pihak Tuan Rumah.
7. Daftar masuk bermula pukul 2.00 petang dan daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengahari. Kegagalan untuk mematuhi masa daftar keluar akan dikenakan PENALTI RM 10.00 bagi setiap jam. Daftar keluar selepas jam 2.00 petang akan dikenakan caj penginapan satu hari mengikut kadar semasa.
8. Keselamatan penyewa dan tanggungan mereka selama menginap di Premis berkenaan adalah di bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Kecederaan dan kemalangan semasa menginap di premis berkenaan adalah di bawah tanggungjawap penyewa. Penyewa tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi daripada pihak pengurusan Tuan rumah akibat kemalangan atau kecederaan yang penyewa dan tanggungan mereka alami semasa menginap di premis ini.
9. Penyewa adalah dinasihatkan untuk memastikan premis dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga. Pihak Tuan Rumah tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan harta benda penyewa.
10. Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi.
11. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan premis (ruang tamu, bilik tidur, bilik air, ruang makan dan dapur).
12. Penyewa dilarang membawa masuk makanan dan minuman tidak halal
13. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis. Tidak menyimpan atau membawa ke Premis Berkenaan apa‐apa senjata, senjata api atau alat dan bahan letupan atau apa‐apa barangan yang mudah terbakar atau merbahaya dan barangan yang salah di sisi undang‐undang.
14. Tidak menggunakan Premis Berkenaan untuk kegiatan haram, menyalahi undang‐undang atau tidak bermoral sama ada perniagaan mahupun perdagangan dan perjudian dalam apa juga bentuk sekali pun.
15. Penyewa bersetuju untuk menyewa hartanah itu dalam keadaan bersih yang sedia ada. Penyewa bersetuju menyerahkannya kembali dalam keadaan yang sama, atau lebih baik dan menanggung bayaran membersih jika tuan rumah mengupah orang untuk membersihkannya.
16. Penyewa dikehendaki menghormati kejiranan dengan tidak membuat bising.
17. Tuan Rumah berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma dan Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.
18. Kegagalan mematuhi terma dan syarat ini boleh menyebabkan pihak pengurusan Tuan Rumah membatalkan penginapan dan tiada bayaran kembali akan dibuat
19. Segala kelengkapan, perabot dan peralatan yang tersenarai dalam inventori diberi secara pinjaman oleh tuan rumah kepada penyewa. barangan ini diserahkan dalam keadaan yang baik dan mesti dikembalikan dalam keadaan yang baik juga. tuan rumah berhak menuntut pembaikan dan/atau kehilangan barangan ini

Ulasan

Catatan Popular